Wednesday, July 13, 2011

kawan


Hari ini aq berfikir betapa penatnya kawan aq melayan kerenah aq.. betapa penatnya dia menyabarkan diri dengan perangai ku.. betapa hati kawanku terluka.. hari ini aq memandang wajahnya,. Penuh kelatihan terhadapku sebagaimana hati aq pernah letih dengan sikapnya..
Dulu.. mungkin dia pernah membuat aq hampir gila dengan sikapnya.. namun bukankah setiap orang harus di beri peluang untuk berubah.. dan beri peluang pada diri kita untuk menerima kelemahan dan kelebihan pada diri kawan kita.. hari demi hari aq belajar rentak sikapnya.. aq luahkan rasa kesakitan hati yang aq alami terhadapnya.. dia juga mula berubah..
Walaupun begitu.. aq tahu dia penat.. penat melayan kerenah2 aq.. dan kerenah2 kawan yang lain.. memang aq pernah marah kecewa dengan sikapnya tapi… aq tidak berhak untuk menghukum dirinya.. dan aq  berterima kasih dengannya kerana sudi berkongsi tawa dan airmata dengan aq.. lapar dan kenyang bersama..
Wahai kawanku.. terima kasih atas kesabaranmu malayanku.. maafkan diriku kerana aq melelahkan hari2mu.. walau engkau tidak pernah melahirkan apa yang tersirat..
Seandainya diri aq sendiri tidak sempurna untuk apa aq mencari sahabat dan kawan2 yang sempurna.. seandainya aq punya kelemahan .. dan orang lain bisa menerimanya.. mengapa tidak aq menerima kelemahan orang lain.. sabar.. ikhlas.. jujur.. saling memahami wlu sedikit.. jangan mudah meninggalkan kawan yang membebankan kita .. kerna mungkin.. kawan yang membebankan kita itulah yang akan membantu kita..
Jangan sempitkan akalmu.. sebagaimana aq telah sempitkan akalku suatu ketika dahulu.. betapa aq kejam menjadi seorang kawan yang meninggalkan kawan..  sukar untuk kita temui kawan yang bisa menghargai kita.. dan belajarlah menghormati kawan2 anda,. Seandainya kita tidak menghormati kawan kita.. bagaimana kawan2 kita hendak menghormati kita..
Wahai kawan.. terima kasih kerna budimu.. wahai kawan terima kasih atas kesabaranmu.. wahai kawan.. terima kasih atas segalanya… maafkan segala kelemahan aq yang menyakiti hatimu.. terima kasih kerana sudi mengelap airmata di pipi aq..
Aq sedar.. aq menginsafi.. kawan.. semoga engkau bahagia selamanya..

Wawa awora
14 Julai 2011(khamis)
12.59am